SENARAI UNIKL DI MALAYSIA
Bila search pasal UniKL, anda akan nampak banyak kampus serata Malaysia. Dari utara ke tengah sampai selatan Malaysia. Berbeza dengan UITM yang ada banyak fakulti pengajian dalam satu kampus , UniKL pula lebih kepada satu kampus satu fokus.
UniKL banyak menawarkan jurusan teknikal ataupun H-TVET (Higher Technical Vocational Education & Training) yang menjurus ke arah hands-on skills dan lebih terdedah dengan susana sebenar di dalam industri. Waktu saya menuntut pada tahun 2011-2018, semua tenaga pengajar saya memiliki pengalaman yang hebat dari industri dalam dan luar negara. Mode pembelajaran sepenuhnya di dalam Bahasa Inggeris.
Apa yang ingin saya tekankan disini ialah berkenaan program yang ditawarkan. UniKL banyak menawarkan Diploma Engineering Technology dan Bachelor Engineering Technology (BET), dimana program ini sedikit berbeza lebih-lebih lagi BET dan Bachelor Engineering (B Eng). Nak senang faham, B Eng ni pure engineering dimana jalan ke arah Professional Engineer (PE) (atau lebih dikenali dengan title IR) lebih mudah. Perlu di ingat bahawa UniKL ingin melahirkan tenaga kerja professional yang mahir bukan sahaja dalam teori tetapi juga praktikal. Disebabkan kedua-duanya harus dijalankan serentak, ada beberapa subjek B Eng yang perlu digugurkan dari program BET.
Tapi jangan risau, BET pun boleh jadi IR. Isu ni saya sambung di next posting.
Perkara lain yang saya rasa bakal siswa siswi perlu cakna sebelum memilih untuk sambung belajar ialah bekenaan dengan Malaysian Qualifications Agency (MQA). Tanpa MQA, anda boleh menerima impak negatif (contoh: gagal mendapat pekerjaan idaman) kerana MQA merupakan landasan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi dan titik rujukan kriteria dan standard kelayakan kebangsaan. Untuk program di UniKL, anda boleh menyemak status MQA di sini: Senarai Program Pengajian IPTS (mqa.gov.my)
13 cawangan UniKL beserta lokasi yang menawarkan kursus foundation, diploma dan sarjana muda adalah seperti berikut. Anda boleh menekan link dibawah setiap nama kampus untuk melihat senarai kursus yang ditawarkan.
(British Malaysian Institute)
(Malaysian Institute of Aviation Technology)
(Malaysian Spanish Institute)
(Malaysian Institute of Information Technology)
MIIT | UniKL – Malaysian Institute of Information Technology (UniKL MIIT)
(Malaysian Institute of Marine Engineering Technology)
(INSTITUTE OF MEDICAL SCIENCE TECHNOLOGY)
UniKL MESTECH - Where Knowledge Is Applied
bis.unikl.edu.my
13 IPS, CPS, ACE
Saya merupakan graduan UniKL MIMET, terasa terpanggil untuk menulis sedikit berkenaan cara apply, rutin harian, expectation dan outcome saya dahulu sebagai seorang pelajar dengan harapan penulisan saya ini boleh membantu adik-adik yang baru ingin melangkah ke alam Universiti untuk dijadikan panduan. Eceyy panduan kunun. Till next post guys, adios!
Comments
Post a Comment